~I believe in man — in his strength, his possibilities, and his reason~
Wednesday, February 03, 2010
air disaster
kemalangan atau nahas udara amat jarang berlaku.pengangkutan udara iaitu menerusi kapal terbang boleh dikira sangat selamat,cepat dan efektif berbanding pengangkutan menerusi darat ataupun air.namun begitu jika berlaku kemalangan udara,ia akan menjadi sebuah tragedi besar.beberapa nahas udara yg berlaku adalah diluar jangkaan dan kawalan.
Crash of the century
tahun 1977,di lapangan terbang Tenerife,Canary Island,Spain,2 buah jumbo jet boeing 747 berlanggar ketika cuba berlepas dalam cuaca buruk.dengan jumlah kematian seramai 583 orang,tragedi ini menjadi nahas udara paling buruk dalam sejarah penerbangan.tragedi ini dikenali sebagai 'tenerife disaster'.
ketika itu 27 mac 1977,pesawat KLM flight4805 cuba berlepas tanpa mendapat kebenaran menara kawalan.pesawat tersebut merempuh sebuah pesawat lain,Pan Am flight1736 yg ketika itu juga berada di landasan yg sama.cuaca berkabus menyebabkan juruterbang flight 4085 tidak dapat melihat sebuah pesawat lain di depannya.583 orang dalam kedua2 pesawat terkorban.
Notable mid-air collision
1996-charkhidadri mid-air collision - berlaku apabila Saudi Arabian Airlines flight763,sebuah boeing 747 dalam perjlanan dari New Delhi,India menuju Dhahdran,Arab Saudi,bertembung di udara dengan Kazhakhstan Airlines flight1907 yg dlam perjalanan dari Shymkent,Kazakhstan menuju New Delhi.ia berlaku di ruang udara sebuah kampung bernama Charkhi dadri,Haryana,India.kesemua 349 penumpang dan krew kedua2 pesawat terbunuh.ia menjadi 'deadliest mid-air collision in history'.
2002-Bashkirian Airlines flight2937 dengan 57 penumpang dan 14 krew berlanggar dengan pesawat kargo DHL flight611 di ruang udara Uberlingen,Germany.flight2937 dalam prjalanan dari Moscow,Russia ke Barcelona,Spain,manakala pesawat kargo tersebut dalam perjalanan dari Brussels,Belgium ke Bergamo di Italy.kesemua orang dalam kedua2 pesawat terbunuh.
Mistaken identity
1988-sebuah pesawat Iran Air Airbus A300,ditembak jatuh oleh kapal perang US di teluk parsi.pesawat tersebut yg dalam penerbangan dari Bandar Abbas,Iran menuju Dubai telah disalah anggap sebagai jet pejuang Iran oleh tentera laut US yg meronda di laut.290 orang terkorban.
2001-Siberia Airlines flight1812 yang dalam perjalanan dari Tel-Aviv,Israel ke Novosibirsk,Russia terhempas di laut Hitam setelah ditembak peluru berpandu tentera laut Ukraine.kesemua 78 orang dalam pesawat terbunuh.
Bomb on board
Russian aircraft bombing - ogos 2004,2 pesawat komersial Russia meletup di udara pada masa yang sama.Siberia Airlines flight1047 dalam penerbangan dari Moscow ke Sochi meletup di ruang udara Rostov.Volga Avia Express yang dalam penerbangan dari Moscow ke Volgograd meletup di ruang udara Tula oblast.kesemua 89 orang dalam kedua2 pesawat terbunuh.
Lockerbie air disaster - tahun 1988,Pesawat Pan Am flight103 yang dalam perjalanan dari London ke New York berkecai di udara dan terhempas di sebuah tempat bernama Lockerbie,Scotland.Ia angkara bom yg dilakukan oleh pengganas.259 orang dalam pesawat terbunuh bersama 11 orang lain di darat.
1985 - 329 orang terbunuh apabila sebuah Boeing 747 milik Air India yg dalam penerbangan dari Montreal,Kanada menuju London meletup dan terhempas di luar pantai Cork,Ireland.
Small mistakes
Singapore Airlines flight006,sebuah Boeing 747 terbakar ketika cuba berlepas di lapangan terbang Taipei,Taiwan.ia disebabkan kesilapan juruterbang yg menggunakan landasan yg ditutup untuk pembinaan.83 orang daripada 179 orang terbunuh.
wreckage of flight006 Singapore Airlines
Birgenair flight301 yang membawa 189 orang terhempas di lautan Pasifik berhampiran Republik Dominican setelah juruterbang gagal mengetahui kelajuan pesawat disebabkan kerosakan mekanikal pada sensor kelajuan.kerosakan tersebut disebabkan kerosakan kecil pada alat pengesan halaju pesawat yg dipanggil Pitot tube.
Aeroperu flight603 terhempas di laut beberapa minit setelah berlepas disebabkan kesilapan krew darat yang tidak mengalihkan penutup pengesan kelajuan pada bahagian luar badan pesawat.kesemua 70 orang dalam pesawat tersebut terkorban.
antara perkara yang ajaran islam berusaha tegakkan adalah iklim atau suasana yang solehah. ia disebut dalam bahasa arab sebagai al-biah al-solehah.kewujudan persekitaran yang soleh atau baik dan takwa akan mempengaruhi pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada dalamnya.
insan apabila hidup dalam sesuatu suasana,secara kebiasaannya suasana itu akan mempengaruhinya.jika seseorang yang kurang bijak hidup di kalangan mereka yang bijak,maka sedikit sebanyak bicara dan pendapat yang bijak dan berkualiti itu akan tempias kepadanya.
demikian jika seseorang yang kurang baik,tetapi hidup dan bergaul dengan mereka yang baik-baik,kemungkinan besar budaya dan akhlak yang baik akan mempengaruhinya.
perkara yang sebaliknya juga mungkin berlaku.insan yang tidak jahat,tetapi jika terbiasa dengan mereka yang melakukan aktiviti atau akhlak yang jahat,maka tidak mustahil pengaruh-pengaruh jahat itu akan menyerap ke dalam jiwanya nanti.
membentuk peribadi seorang insan – di satu sudut – memerlukan pengembelingan seluruh masyarakat, bukan sekadar dua ibubapa sahaja.sebab kegagalan membentuk seorang anak kecil agar menjadi soleh kadang-kala dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
jika ibu bapa merupakan insan soleh dan mengiklimkan rumah tangga dengan unsur-unsur yang baik, tetapi apabila anak tersebut ke sekolah,bergaul dengan kawan,berjalan di kampung atau bandar,melihat televisyen dan majalah dan seumpamanya yang kesemuanya menyumbang ke unsur-unsur anti-soleh atau negatif,maka kemungkinan unsur pengajaran yang baik itu akan terhakis.
jika tidak terhakis pun, kekeliruan dan pelbagai persoalan dari jiwa yang mentah itu akan muncul.begitu insan di setiap peringkat terpengaruh dengan persekitarannya atau teman rapatnya.nabi saw menyebut dalam hadis:
seseorang berada atas agama sahabat baiknya.maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya (riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani).
justeru betapa pentingnya membentuk atau mewujudkan suasana yang soleh ini, maka kita tidak hairanlah jika Allah menugaskan antara tanggungjawab para pemerintah agar memelihara iklim dan persekitaran agar dihiasi dengan perkara-perkara yang makruf dan dipelihara dari kemungkaran yang nyata lagi mencemarkan masyarakat.
firman Allah: (maksudnya):
iaitu mereka (umat islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran.dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (surah al-Hajj: 41).
mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib.ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar.bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan Biah Solehah.tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah,sekolah, universiti,tempat kerja dan di mana sahaja,dalam suatu kawasan atau luar kawasan, wajiblah kita mewujudkan Biah Solehah.amat tidak patut bagi satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina.namun begitu itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.
aku mungkin bukan orang pertama wish birthday kepada kamu aku selalu hampir lupa untuk mengingatinya
aku mungkin tak wish kamu dalam facebook kamu,mungkin juga orang yang terakhir wish kamu hari ini
namun aku tak bermaksud untuk melupakan sesuatu yang penting tentang kamu kerana tak mungkin aku melupakan kamu
dan di kemudian nanti,aku berharap akan sentiasa mengingati setiap apa yang ada pada kamu,dan aku mahu tahu setiap apa yang kamu tahu,dan aku mahu suka pada setiap perkara yang kamu suka,dan menjadi seseorang seperti yang kamu impikan
aku gembira mengenali kamu,yang hari ulangtahunnya adalah hari ini
dan aku mahu kamu bahagia dalam setiap hari-harimu.
Have a wonderful birthday. Happy birthday and may all your wishes come true. Best wishes to you on your special day.Happy Birthday.
menci la exam ozz ni.apepasal la die sruh kite amek exam ni.tapi ini adelah realiti.ia akan berlaku.ia pasti berlaku.seharusnya skrg kurangkan bercakap,banyakkan bekerja.less talk,more action.walaupun cuaca kejap sejuk kejap tak sejuk sangat,mood membaca utk exam adalah sentiasa pada tahap terendah skali.dibimbangi ia akan menjejaskan reputasi yg sememangnya dah terjejas lama.byk slogan2 yg boleh digunakan apabila kita down dan malas belajar.contohnya.usaha tangga kejayaan.membaca jambatan ilmu.ilmu suluh hidup.motto skolah2 berprestasi tinggi juga boleh digunakan contohnya seperti 'ilal ghoyatul qaswa'-ke arah matlamat tertinggi,'fastakim kama umirta'(kurang ingat apa maksud sebenarnya,smthing about tetap di jalan..bla3).tapi biasanya slogan2 retorik tu sgt susah dimengerti.sudah2la dgn falsafah2 dan ntah ape2 lagi slogan dan prinsip2 yg tak berkesudahan.simposium ppim yg berlangsung beberapa hari lepas bleh dikatakan biasa2 saja.tiada yg special sangat bg org biasa2 seperti gua.tapi ia tetap ok bagi mengisi masa lapang dan dapat mengelakkan dpd stdy ozz,buat sementara waktu.simposium tersebut adelah suatu yg gud effort bg mereka yg terlibat.gua sering pening kepala.sebab memikirkan banyak perkara yg rasanya tak perlu difikirkan sangat buat masa ni.tapi gua fikir jugak,menyebabkan sakit kepala yg tak perlu pegi klinik atau amik ubat.ia akan hilang apabila tido dgn jangkamasa yg lama,ataupun tgok bola,ataupun berzikir mengingati tuhan yg satu itu.saya sangat gembira apabila david beckham menjadi pemain bola utk ac milan.yeah..ac milan..go go!ape2pun kesihatan kenalah dijaga tambah2 lagi musim sejuk dan musim exam ini.banyakkan relaks2 dengan member2,sembang2 macam2 perkara menarik yg dapat menurunkan tekanan darah dan juga level gula dalam darah.disamping itu jangan lupa beribadah kerana hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenang,walaupun semua orang huru hara.
tu la kau,beriya sangat nak buat blog jugak.mule2 smangat aa..tiap2 hari update.siap 2-3 entri skali dlm sehari.lama2.tgok.setahun skali pon belum tentu update.kahkah..mail sound member baiknya,faizal
takpela.dah takde rezeki nk buat camana.bukan taknak update.aku bz aa..faizal menjawab.
faizal,kau la member aku yg paling baik skali.klau la kau tak member dgn aku,tak tau la dgn sape lagi aku nk member.aku dah ckp dulu tak payah start menulis.kau nak jugak.hangat2 taik anjing.kononnya nak jadi penulis profesional.padahal bakat kau bukan kat situ.
faizal setuju benar dgn kata2 mail tu.lepas bukak n baca blog member2 dia,dia pon rasa nk buat jugak.last2 blog ntah ke mana,entry entah ke mana.tu tak istikomah namanya beb.
faizal tau,bukan dia sorg saja yg blognya tersadai macam jambatan tak siap,hakikatnya berpuluh2 lagi member2 diorg seperti itu.lepas 5-6 entry dh xtau nk tulis apa.takde idea.
orang nak blog kau nak jugak sebijik.kononnya nak show-off kat awek kau si husna tu la.kau ingat husna heran sangat dengan penulisan kau tu.pompuan mana pandang blog org laki.yg penting kau hensem.delete je la blog tu.memenuhkan ruang intenet je.kahkah.mail menggelakkan faizal.
mail bersyukur jugak sbab dia bleh dikatakan aktif la jugak menulis sumthing kat ruangan maya nya.wlaupun slalunya mengarut.dia tetap menulis.beliau bukan menulis utk sesiapa.just utk dirinya.klaula org lain baca then rasa ada faedah,silelah amek faedahnya.rugi rasanya penulisannya terbuang begitu saja ditelan masa dan zaman.
mail mmg rajin menulis.disebabkan dia tak pandai melukis,kurang berminat untuk membaca,maka beliau pun menulis la.dulu2 waktu kecik2.mcm2 ditulisnya kat mana saja tempat yg boleh dicurah segala penulisannya.bermcm2 jenis.sajak,karangan,lirik lagu,luahan perasaan,emosi,fantasi,fakta.segala2nya tertulis kat kertas2 conteng2,dinding2.lama2 ia hilang begitu saja.klaula ia boleh di'trace' balik,ia pasti menjadi khazanah berharga,sekurg2nya utk dirinya sendiri.manala tau sajak yg dicipta tu bleh jadi lirik lagu atau dialog utk drama atau filem.manala tau karangan tu bleh jadi episod dlm sebuah novel atau cerpen.
ramai member2 mereka kecundang dengan minat asal untuk menjadi blogger sejati.mail teringat kata2 dr.mahathir pm dulu - 'memulakan sesuatu adalah bagus.namun menghabiskan dan menyelesaikan sesuatu yg dimulakan itu adalah lebih bagus.' betul la tu.mmg benar.mmg bagus kalau memulakan pembinaan sebuah bangunan,dan lagi bagus klau menyiapkannya.klau x siap bangunan tu,lawa ke.
faizal berfikir2 balik.boleh ke die teruskan update blog die tu. 'faizal,tak payah la kau berblog2.baik kau buat ape yg kau suke dlm hidup kau.bakat kau adalah dalam mengayat awek2 cun.teruskanla aktiviti tu.lgpun kau kan minat jalan2.pegi europe la,US la.mcm2 tempat ko dh pegi.baik kau fokus kat minat kau tu.'
so,jom la jalan2 cuti ni.ajak faizal kpada mail.
mail : hmm..travel..pegi mane dude?..
faizal : london orait..?
mail : tak bleh bro..london gua simpan untuk honeymoon nanti dude.kau nak pegi,pegila sorang2.
faizal : laa..camtu pulak.
mail : baik pegi tempat yg maybe paling best kat dunia ni,tapi org tak tau sangat.