~I believe in man — in his strength, his possibilities, and his reason~


Wednesday, October 28, 2009
football disaster


 

 

bolasepak adelah sukan paling popular kat dunia ni.bolasepak telah menjadi fenomena di seluruh dunia di mana ia telah menjadi suatu perniagaan yg besar,mewujudkan byak peluang pekerjaan,melahirkan manusia yg terkenal di seluruh dunia,memartabatkan sesebuah negara.

namun,dari sisi gelap,sukan bolasepak telah menyaksikan banyak tragedi yg selalunya dibelakangkan oleh kepopularan dan keseronokan sukan ini.sejak dimainkan secara komersil,bola sepak sebenarnya telah meragut byk nyawa,mencetuskan perang dan pergaduhan,dan melumpuhkan sosioekonomi sesebuah organisasi dan negara.

ini adelah antara tragedi2 bolasepak yg paling diingati :

footbal war
pada tahun 1969,2 buah negara di amerika tengah iaitu El-Savador dan Honduras telah berperang kerana sebuah perlawanan boalsepak.perang yg berlangsung selama 4 hari itu berlaku ketika bermulanya perlawanan kelayakan piala dunia FIFA 1970 antara dua negara tersebut.perang bermula apabila tentera El-Savador melancarkan serangan keatas Honduras hanya krana ketidakpuas hatian terhadap keputusan perlawanan bolasepak yg memihak kpda El-Savador.El-Savador layak ke piala dunia 1970 di Mexico.perang 4 hari tersebut mnyebabkan kira2 2200 tentera dan orang awam di kedua2 negara terkorban.

Heysel Disaster
ia merujuk kepada kematian 39orang,kebanyakannya penyokong Juventus sebelum bermulanya perlawanan final Piala Eropah 1985 antara Juventus dan Liverpool di Haysel Stadium,Brussels,Belgium.kira2 sejam sebelum perlawanan bermula,beribu2 penyokong Liverpool merempuh masuk ke kawasan penyokong2 Juventus menyebabkan berlaku rempuhan yg dasyat dan runtuhan tempat duduk dan dinding stadium tersebut.berpuluh2 maut dan lebih 200 orang cedera akibat rempuhan itu.perlawanan terus diadakan wlaupun insiden itu berlaku.Juventus menang 1-0 dan menjuarai piala Eropah buat pertama kali.liverpool di'ban' daripada semua perlawanan peringkat eropah untuk beberapa tahun selepas itu.pada tahun 2000 ketika berlangsungnya Euro2004,skuad bolasepak Italy meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan di luar stadium haysel sbgai memperingati mereka yg tekorban.

pada tahun 2005,ketika juventus turun menetang liverpool di anfield,penonton di stadium membuat formasi yg bertulis 'amicizia'.ia adalah perkataan dlm bahasa itali yg bermaksud 'friendship'

own goal tragedy
1994,Andres Escobar,seorang pemain pertahanan Colombia, ditembak mati di luar sebuah pub di bandar Medellin,Colombia.dia ditembak mati oleh seorang fanatik bolasepak kerana dia menjaringkan gol sendiri ketika Colombia kalah 1-2 kepada US ketika piala dunia 1994 yg diadakan di US.kekalahan itu mnenyebabkan Colombia tesingkir awal pada piala dunia itu.dia telah ditembak sbanyak 12 kali dan setiap das tembakan pembunuhnya menjerit 'gol!,gol!.

Hillsborough disaster
ia adalah kejadian rempuhan penyokong2 bolasepak di stadium Hillsborough di Sheffield,UK yg mnyebabkan kematian 96 orang,kesemuanya penyokong liverpool.ia menjadi kejadian rempuhan paling buruk dlm sejarah UK,dan yg ke2 melibatkan penyokong2 liverpool selepas Haysel Disaster pada tahun 1985.perlawanan pada ketika itu adalah semi-final piala FA melibatkan liverpool dan Nottingham Forest.tragedi itu berpunca daripada pergaduhan antara kedua2 penyokong pasukan yg dicetuskan oleh samseng2 bolasepak sejurus sebelum perlawanan bermula.ia menyebabkan beribu2 penonton meluru masuk ke padang dan mencetuskan huru-hara menyebabkan kematian dan kecederaan,kebanyakannya akibat dipijak dan sesak nafas.

pelawat meletakkan bunga di luar stadium hillsborough,memperingati mereka yg terkorban dalam tragedi hillsborough.

2007 Catania football violence
keganasan bolasepak yg berlaku di Catania,italy berlaku selepas perlawanan diantara 2 pasukan berjiran,Catania dan Palermo.seorang anggota polis terbunuh.berpuluh2 cedera apabila penyokong2 kedua2 pasukan bertempur dgn pasukan polis anti keganasan.kejadian itu menyebabkan kesemua perlawanan liga italy yg lain dibatalkan dan ditunda.

Munich air disater
berlaku pada 6 feb 1958 apabila pesawat yg membawa pemain2 bola sepak manchester united terhempas di Munich airport menyebabkan 20org terbunuh,8 daripadanya adalah pemain mancester united.pada tahun 2008,pada tarikh yg sama dgn kejadian,manchester united mengadakan majlis memperingati tragedi tersebut sebelum perlawanan liga perdana.sebuah tugu dan plak peringatan dibina di luar stadium old trafford bg mengenang mereka yg terkorban dlm tragedi itu.

death on pitch
pada 26jun 2003,pemain bolasepak cameroon,marc vivien foe maut setelah rebah di atas padang ketika beraksi utk cameroon menentang pasukan colombia di lyon,france ketika semifinal piala konfiderasi 2003.dia disahkan mati mengejut akibat heart failure.cameroon berjaya ke final menentang france yg mana perlawanan final tersebut diadakan utk mengenang kematian foe.satu2nya gol yg dijaringkan dlm final tersebut oleh tierry henry tidak diraikan dan henry mendedicate kan golnya kpd foe sebagai simbolik mengenangkan tragedi tersebut.

 

 

Posted at Wednesday, October 28, 2009 by ikraq zhafirin

penulis
November 4, 2009   07:31 PM PST
 
tak maen la kopi paste..ni hasil kajian btahun2 ni..haha..
fez
October 31, 2009   06:54 PM PDT
 
copy paste ke hasil pembacaan dan study sejarah bola sepak ni.. rajinnyaa...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



ikraq zhafirin
Volgograd,Russia


   





<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed