~I believe in man — in his strength, his possibilities, and his reason~


Friday, November 13, 2009
friday the 13th


 

 

perkara2 yg besar asasnya adalah perkara2 yg kecil dan remeh temeh.

kita selalunya tak sedar perkara2 kecil yg kurang bagus selalu kita lakukan.berulang2 kali.byk perkara kecil boleh memberikan impak yg besar kepada diri sendiri dan orang lain.merugikan andainya ia memberi kesan kepada impression org lain terhadap agama kita.agama islam.mungkin selama ni kita sibuk borak sana sini dentam dentum pasal jihad,pasal nk menegakkan agama islam la,nk laksanakan undang2 islam dan sbagainya,sampai lupa apa yg perlu diubah dulu dalam diri kita.

mane adab kita kalau kat kelas atau lecture waktu cikgu mengajar tapi kita tido?

elok ke kalau ketika lecture or kelas berlangsung,handset kita berbunyi ada call or mesej sebab kita tak silent kan phone?

datang kelas,lecture,meeting or ape2 program lambat tanpa ada alasan yg boleh diterima.

kurang dan tak aktif langsung dalam aktiviti2 berkaitan akademik,tapi klau pasal persatuan bukan main lagi bersemangat.

kita boleh tau macam2 pasal sejarah,secara terperinci lagi.pasal perkara2 dulu yg telah berlalu.tapi tentang isu semasa dan perkara2 yg sedang berlaku,kita tak tau dan tak mahu ambil tahu.so,ape guna sejarah klau tak tahu keadaan semasa?

sibuk membenci orang yahudi,israel ataupun org2 kafir,tapi dengan kawan2 dan member2 seagama pun kita berbalah,bergaduh,bertumbuk,berdendam,mengejek2.

kita seronok menjalankan ape2 aktiviti or program untuk geng2 kita sendiri.tak libatkan pun org lain yg bukan geng2 kita.tak ajak pun org2 lain yg kita anggap 'teruk' dan 'tak baik'.adakah dakwah itu hanya utk geng2 kita sahaja?adakah ia utk org2 yg baik sahaja?adakah dakwah hanya utk org2 yg islam dan lupakan yg non muslim?..sebenarnya kita terlalu asyik dgn aktiviti2 yg kita buat dgn geng2 kita yg memang dah 'baek'.kita syok sendiri.

menghisap rokok dengan banyaknya tanpa segan silu.

kita mengeluh dan mempersoalkan kenapa kurang orang datang program2 ilmiah yg kita buat,tapi kita selau ponteng kelas,ponteng lecture tanpa rasa bersalah.

 

mungkin semua ini perlukan common sense.common sense sering dibincangkan dan diperkatakan oleh para cendikiawan dan bijakpandai.

 

*********


semasa saya skolah di ipoh dulu,ade seorang ustaz yg saya rasa kejenye menegur student2 pasal pekara2 yg kecik2 dan remeh2 sahaja.pasal tak potong kuku la,pasal membazir air dan eletrik kat asrama la,pasal lambat pegi kelas prep,pasal x boleh sidai baju basah dalam bilik la,pasal kebersihan skolah la.saya pun tak faham kenapa itu sahaja yg sering diperkatakan apabila dia berucap kat perhimpunan or kat surau ketika tazkirah selepas solat.patutnye dia sbgai seorang uztaz,cerita la pasal yg islamik sket.pasal dakwah ke,jihad ke,ape2la yg nmpak ustaz sket.

namun begitu,suatu hari dia pun memberitahu student2 kenapa dia suka tegur pasal benda2 kecil ni.dia kata,bermula daripada perkara2 kecil ni la kita perlu ubah supaya kita boleh memperkatakan pasal benda2 besar yg lebih serius.

"kalaula elektrik dgn air pun kita selalu bazir,tak tutup waktu tak gunakan,toksah cerita la pasal nk protes pemimpin2 negara yg bazirkan duit rakyat.kalau subuh pun lambat bangun,toksah cerita la pasal nk pegi berjihad angkat senjata.klau nk bagi salam kat cikgu yg selisih dengan kita pun susah,jangan cerita la pasal nak tegur perempuan2 yg x tutup aurat kat bandar ipoh tu.kalau undang2 sekolah pon tak nak ikut,jangan sebut la pasal nk laksanakan hukum hudud la,undang2 islam la."

pemimpin zaman khulafa ar-rasydin dulu,tangguhkan utk berperang utk luaskan kawasan jajahan selagi ada rakyatnya yg lapar tak makan.kelaparan rakyatnya yg dianggap kecil diselesaikan dahulu,barulah perang yg menjadi perkara besar itu dilakukan.

kita syok sendiri.kita sibukkan diri kita dengan perkara2 yg besar padahal banyak lagi benda2 kecil yg bermasalah dalam diri kita kena selesaikan dulu.maybe ia antara sebab org melayu mahupun org islam dipandang rendah oleh org lain.


tiada siapa yg sempurna.nobody's perfect.namun,ia adalah bagus bagi mereka yg sentiasa memperbaiki sikap dan membetulkan kesilapan mereka.

fikirlah sama2.jangan jadi bodoh.

 

 

 

Posted at Friday, November 13, 2009 by ikraq zhafirin

fez
November 14, 2009   11:20 PM PST
 
very good points.. pointing on u and me and others...

may allah guide us for every single step we made..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



ikraq zhafirin
Volgograd,Russia


   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed